~LiFe is BeAuTiFuL~

Blog Archive: September 2006
Sep
26
2006

Moga Ramadhan kali ini menjadi medan memperbaiki diri..Semoga Ramadhan kali ini antara yang terbaik dalam hidup kita semua. Maaf ku pohon...atas semua kesalahan kata2 ku di sini....

*** ga telat bgt kan...
Views: 157
Posting: 26-Sep-2006 10:55:00 WIB
Comments: 2 comments
Category:
Sep
15
2006


Bahan-bahan ( 10 biji )

* 100ml air
* 45g butter-suhu bilik, potong 1cm
* 60g tepung gandum- diayak
* 2 biji telur

Cara-cara

1. Persediaan awal. Panaskan oven pada suhu 200C. Alaskan dulang oven(oven plate) dengan aluminium foil kemudian sapukan minyak ke atasnya. Lepas tu ayaklah tepung. Masukkan telur ke dalam mangkuk. Pukul biar telur kuning dan putih berncampur.

2.
Masukkan air dan butter ke dalam periuk. Masak dengan api sederhana kemudian kuatkan sehinggalah mendidih. Bila dah mendidih tutupkan api.

3.
Masukkan tepung dan kacau cepat-cepat.

4.
Panaskan semula adunan dengan api sederhana sehingga nampak kepingan nipis terbentuk. Kemudian padamkan api.

5.
Masukkan telur, kacau cepat-cepat

6.
Inilah hasilnya setelah dicampurkan dengan telur.

7.
Masukkan adunan ke dalam piping bag. Pipe kan ke atas dulang seperti dalam gambar. Anggaran diameternya ialah 5cm.

8.
Tekan bahagian tanduk yang terhasil supaya cream puff nampak cantik.

9.
Spray permukaan cream puff dengan air. Bakar dalam oven pada suhu 200c selama 15 minit. Kemudian turunkan suhu kepada 180c dan bakar selama 25 minit. Kalau nak nampak lagi perang biarkan cream puff di dalam oven beberapa minit sebelum dikeluarkan.

10.
Sejukkan cream puff sebelum dimasukkan kastad krim.

11. Cara buat kastard krim:


Bahan-bahan ( lebih kurang 300ml )

* 1 sudu besar tepung
* 1 sudu besar tepung jagung
* 4 sudu besar gula
* 200cc(1 cup) susu segar
* 1 biji telur (L size)
* 1 sudu besar mentega

Cara-cara

1. Masukkan bahan dari no1 - 3 ke dalam mangkuk. Masukkan 1-2 sudu besar susu. Kacau jangan ada yang berketul.

2. Masukkan telur dan kacau lagi. Kemudian masukkan susu yang selebihnya dan kacau.

3. Wrapping mangkuk dan masukkan ke dalam microwave. Guna suhu yang tinggi. Masak sehingga pekat. Setiap 1 minit lebih bawa keluar dari microwave dan kacau. Ulang sehingga pekat.

4. Bila dah siap, masukkan mentega. Kacau.

5. ** Perhatian: Kalau nak guna hanya kuning telur, gantikan sebiji telur tu dengan 2 biji telur kuning.


Bentuk nozzle yang diguna untuk buat cream puff. Saiznye adalah 1 cm



*** wahhhhhhhh uenakkkkkkkkkkk...gw suka bgt cream puff... udah lama ga makan...
weekend ini gw mau bikin...terus kebelakangan nih sibukkkk pisannn..
makanya...harus istirehatin otak gw
Views: 133
Posting: 15-Sep-2006 14:43:00 WIB
Comments: 3 comments
Category:
Sep
04
2006
Bonus???
*** focus?...kehkehkeh
Anggota berpendapatan sehingga RM750 sebulan diberi bonus bersamaan dua bulan gaji. Mereka yang melebihi RM750 sebulan, bonus sebulan gaji atau minimum RM1,500. Bonus dibayar dalam dua bayaran, pada bulan Oktober dan Disember 2006.

Kerajaan akan menaikkan Imbuhan Tetap Khidmat Awam kepada lebih sejuta kakitangan kumpulan sokongan antara RM30 hingga RM50 sebulan, berkuatkuasa 1 Januari 2007.

Bantuan kos sara hidup diperluaskan meliputi kakitangan awam yang mendiami kuarters kerajaan mulai 1 September 2006, dengan kadar 50 peratus daripada kadar yang diberikan kepada mereka yang tidak mendiami kuarters.

Kelayakan pinjaman perumahan kakitangan awam dinaik sebanyak 20 peratus, berkuatkuasa serta-merta.
Yang selainye?

Pengurangan Cukai korporat
Dikurangkan secara berperingkat sebanyak dua mata peratus kepada 27 peratus dan 26 peratus pada 2008.

Rebat cukai bagi komputer peribadi
Tempoh layak menuntut galakan cukai bagi pemilikan komputer yang kini diberi bagi setiap lima tahun, dipendekkan kepada setiap tiga tahun; manakala galakannya dalam bentuk rebat cukai RM500 diubah kepada pelepasan cukai sebanyak RM3,000
Dan pemberian rebat kepada setiap keluarga pada masa ini, diperluaskan kepadsa setiap pembayar cukai.

Pelepasan cukai buku
Cukai pelepasan bagi pembelian buku dinaikkan dari RM700 kepada RM1,000 setahun.

Subsidi minyak
Kerajaan akan menanggung sejumlah RM19 bilion tahun ini bagi menyediakan subsidi minyak dan kehilangan cukai, berbanding RM16 bilion pada 2005.

Berasaskan andaian harga minyak di sekitar 70 Dolar Amerika setong tahun depan, jumlah subsidi dijangka kekal RM19 bilion.

Untuk Pesara
Membuat bayaran khas sekali sahaja kepada hampir 542,000 pesara seperti berikut:

Pertama: Mereka yang menerima pencen kurang dari RM750 sebulan akan diberi RM400.

Kedua: Mereka yang menerima pencen RM750 sebulan dan ke atas, akan diberi RM200.


Biasiswa untuk pelajar mendapat 10 A1
Pelajar yang memperolehi 10 A1 dalam SPM dari keluarga berpendapat RM1,500 ke bawah, akan diberi biasiswa bagi melanjut pelajaran ke peringkat tinggi.
*** makanya...anak2 di sekolah harus belajar rajin2...biar pinter...lumayan sih

Kerajaan akan memberi biasiswa kepada pelajar cemerlang untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang yang diperlukan seperti sains, farmasi, perubatan, kejuruteraan di peringkat ijazah dan lepasan ijazah di universiti tempatan dan universiti terkemuka luar negara.

Pengajaran bahasa Cina dan Tamil di sekolah kebangsaan
Bahasa Cina dan Tamil akan diperkenalkan di sekolah kebangsaan untuk menarik kemasukan lebih ramai pelajar kaum Cina dan India Malaysia.

Mulai 2007, bahasa Cina akan diajar di 150 sekolah kebangsaan, manakala bahasa Tamil akan diajar di 70 sekolah kebangsaan.
*** wahhhh asyikkkkk...bisa belajar macem2 bahasa di sekolah

Yuran peperiksaan dimansuhkan
Yuran peperiksaan bagi UPSR, PMR, SPM dan STPM di semua sekolah kerajaan dimansuhkan mulai sesi pendidikan 2007.
*** kalo ky gini...untung bgt sih anak2 sekolah ga ada yuran (fees) exam lg...wahhh gratis lg...iri nih...zaman gw aja bayar nya mahal....


Biasiswa pelajar
Kadar bantuan murid sekolah rendah dinaikkan dari RM30 kepada RM50 sebulan. Biasiswa kecil persekutuan bagi murid sekolah menengah dinaikkan dari RM50 kepada RM70 sebulan.

Tiga universiti baru
Tiga universiti baru akan dibina ? Universiti Darul Iman Malaysia (Terengganu), Universiti Darul Naim (Kelantan), dan Akademi Tentera Malaysia dinaik taraf menjadi Universiti Pertahanan Nasional Malaysia.

Cukai rokok dan minuman keras
Cukai rokok dinaikkan satu sen setiap batang ? dari 11 sen kepada 12 sen.

Cukai minuman keras yang mengandungi lebih 40 peratus kandungan alkohol dinaikkan sebanyak RM5 selitar.

Bantuan awal mengesan barah
Bayaran subsidi RM50 bagi setiap ujian mammogram di klinik dan hospital yang diiktiraf. Jumlah merupakan 50 peratus kos ujian mammogram.

Dana untuk NGO
Geran tahunan RM20 juta untuk NGO melaksanakan program komuniti, keluarga dan wanita akan dinaikkan menjadi RM30 juta.

Orang Kurang Upaya (OKU)
Penubuhan Unit Khidmat Penyayang (Mayang) untuk mengenalpasti dan menghubungi kumpulan sasar.

Elaun kepada kanak-kanak OKU dinaikkan dari RM25 sebulan kepada RM50 sebulan. Membabitkan hampir 9,000 orang.

Program khusus melatih jurubahasa isyarat di sekolah pendidikan khas di bawah Kementerian Pelajaran.

Program latihan guru pendidikan khas untuk mengenalpasti dan membimbang kanak-kanak autistik.

Pelancongan
Pengusaha pelancong diberi pengecualian cukai duti eksais sebanyak 50 peratus bagi kenderaan pacuan empat roda yang dipasang dalam negara.

Pengeculian cukai pendapatan bagi syarikat pelancongan yang mengendalikan sekurang-kurangnya 500 pelancong luar negara atau 1,200 pelancong domestik setahun, dilanjutkan lima tahun lagi sehingga taksiran 2011.

Pengecualian cukai pendapatankepada pekerja bagi manfaat percutian dalam negeri yang disediakan oleh majikan yang kini hanya diberi ke atas tambang perjalanan, diperluas meliputi perbelanjaan penginapan dan makanan.

Polis Diraja Malaysia (PDRM)
Peruntukan RM4.9 bilion, termasuk untuk menambah 2,000 kereta peronda dan 3,000 pemandu. Elaun gantian motosikal untuk polis peronda dinaikkan dari RM80 kepada RM120



Kesimpulanye?

Abdullah berkata kerajaan akan memastikan harga terus stabil dengan meningkatkan penguatkuasaan bagi barang keperluan untuk menentukan semua peniaga lebih bertanggungjawab dan tidak mengambil kesempatan menaikkan harga sewenang-wenangnya....
Views: 147
Posting: 4-Sep-2006 14:27:00 WIB
Comments: 2 comments
Category:
I'm yours



shoutbox
onair